Pagi itu cuaca cerah dan angin bertiup segar bersepoi-sepoi seperti mengalu-alukan acara larian obor Sukan Olimpik Belia (YOG). 13 haribulan Ogos 2010 menjadi tarikh yang bersejarah bagi penduduk-penduduk di Jurong kerana dapat menyaksikan obor Olimpik dan bas-bas YOG yang membawa para atlit-atlit YOG. Sejak pukul sebelas pagi, murid-murid Sekolah Rendah Fuhua telah menunggu sepanjang jalan Street 13, Jurong East, mengibarkan bendera-bendera Singapura dan memainkan alat bunyian loceng. Di depan sekolah, kumpulan 'Percussion' menghiburkan semua yang hadir dengan rentak yang menarik.Suasana menjadi riuh rendah apabila kenderaan polis tiba, diikuti dengan bas-bas YOG. Kami rasa sungguh gembira bila atlit terhandal dari sekolah kami, Kang Yee Cher, dapat menyahut obor Olympik dan berlari anak bersama atlit-atlit national. Saya dapat merasakan perasannya pada saat itu - bahagia dan bangga.
Saya bangga Singapura menjadi tuan rumah YOG 2010. Di Singapura, belia menikmati pendidikan yang luas. Mereka dapat pelajaran yang sempurna dan boleh juga mengejar cita-cita dalam bidang sukan atau seni, mengikut kebolehan mereka. Belia-belia harus diberi perhatian dan bimbingan kerana kejayaan mereka adalah untuk masa depan negara.


No comments:
Post a Comment